Rabu, 5 April 2017

Aku Kembali

Assalammualaikum wbt.

Akhirnya aku kembali ke tinta maya ini selepas 5 tahun aku meninggalkannya. Sekitar tahun 2009 hingga 2012, aku sangat aktif berblogging. Posting-posting aku ketika itu berkisar tentang cerita dan pengalaman yang aku lalui especially sebagai pelajar universiti. Dari kisah cinta (sebab tu la blog tu dah private, haha) hinggalah kisah gedebuk-gedebak aku yang sibuk dengan program itu dan ini.

Bila aku buka balik blog lama, baca semula posting-posting aku yang dulu, aku rasa menyesal yang aku sudah berhenti berblogging. Banyak perkara yang tidak aku lakarkan hingga ke hari ini. Jika diikutkan, banyak moment penting yang tidak sempat aku rakamkan di blog seperti pemergian arwah Abah dan Hari Konvokesyen ku.

Tapi tak apa. Semua tu ada di Facebook aku. Kalau rajin, sila scroll bawah-bawah ye. Hehe. Kepada yang pernah baca/follow blog aku dulu, aku suka bahasakan diri aku AH (singkatan alphabet untuk Adam Hafis), so lepas ni kalau aku gantikan istilah aku dengan AH tu jangan pelik pula ye. Just nak memudahkan pembacaan. :D

Rasanya setakat ini dahulu mukadimah untuk comeback aku ini. Apa-apa aku akan update semula post dan blog ini. Doakan aku istiqamah dalam dunia blogging biarpun telah berumahtangga nanti. Cewah. Haha.

Selamat Petang Malaysia.

(Post ini ditulis sambil aku pekena White Cofee abg mad kopi. Haha)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan